BAB 2 PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

BAB 2 PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

RUMUSAN BAB 2

Pembelajaran ini adalah satu proses yang akan mengubah keadaan sikap dan pengetahuan manusia melalui pengalaman. Pada asasnya konsep pengajaran dan pembelajaran adalah berlandaskan teori-teori pembelajaran. Antara piramidnya ialah teori Piramid Pembelajaran. Piramid pembelajaran bermula di dalam sistem saraf pusat. Tahap setiap mesti diintegrasikan dengan betul dengan tahap atau peringkat sebelumnya untuk bergerak ke peringkat seterusnya. Matlamat utama adalah untuk mencapai tahap fungsi fungsi kognitif untuk memenuhi tugas-tugas kehidupan harian dan pembelajaran.
Teori seterusnya ialah teori pembelajaran Levi Vygotsky. Teori Vygotsky lebih menekankan kepada interaksi antara internal dan eksternal dalam pembelajaran. Sistem sosial sangat penting dalam perkembangan kognitif pelajar. Teori ini merupakan satu sistem sosial yang sangat penting dalam perkembangan pelajar. Menurut Mohd Yusof Othman (1998), menyatakan satu kaedah boleh dilakukan dalam usaha untuk meningkatkan dan menjana ilmu adalah dengan belajar secara berkumpulan. Ia juga merupakan usaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan adalah kesanggupan untuk berfikri secara aktif. Dalam teori ini, Vygotsky telah menerangkan mengenai konsep “scaffolding”. Pelajar mempunyai had perkembangan individu yang berbeza sehubungan dengan itu, melalui aktiviti secara berkumpulan akan membantu pelajar yang lemah.Terdapat beberapa gaya pembelajaran iaitu Model Gaya Pembelajaran Flenning VAK. Model ini terdiri daripada tiga elemen asas iaitu visual, auditori dan kinestetik (VAK). Menurut gaya pembelajaran ini, pelajar belajar melalui tiga pendekatan yang berbeza iaitu pendekatan visual iaitu pelajar yang cenderung kepada kaedah penggunaan ilustrasi atau gambar, auditori iaitu pelajar cenderung untuk belajar dengan mendengar penjelasan atau perbuatan orang lain dan kinestetik iaitu pelajar yang lebih kepada praktikal. Gaya pembelajaran visual merupakan kaedah pembelajaran yang lebih banyak menggunakan deria penglihatan. Pelajar dalam kumpulan ini belajar dengan cepat melalui visualisasi, suka menggambarkan maklumat yang mereka terima dan mampu untuk mewujudkan imej mental yang jelas untuk menyimpan maklumat yang telah dikumpulkan.
Gaya pembelajaran  auditori merupakan kaedah pembelajaran yang lebih banyak menggunakan deria pendengaran. Pelajar belajar dengan menggunakan perkataan yang diajarkan,mengingati maklumat dengan membaca ayat dengan kuat atau meggerak-gerakkan bibir ketika membaca. Pelajar dalam kumpulan ini adalah dilengkapi dengan kemahiran auditori yang baik dan biasanya pandai bercakap dan menyampaikan. Mereka lebih suka untuk berfikir dalam perkataan dan bukannya untuk menggambarkan maklumat yang mereka terima. Gaya pembelajaran kinestetik melibatkan pergerakan fizikal. Pelajar akan belajar dengan lebih baik melalui pengalaman dan terlibat secara aktif dalam aktiviti. Pelajar sentuhan atau kinestetik lebih suka belajar melalui aktiviti bergerak, melakukan dan menyentuh. Pelajar dalam kumpulan ini lebih suka untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan dan mereka mempunyai keseimbangan deria yang baik dan koordinasi tangan-mata. Pendidik mestilah bijak memilih kaedah pengajaran yang paling berkesan.  Pembelajaran aktif ialah pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Pelajarlah yang banyak memainkan peranan dan aktif semasa proses pembelajaran. Pelajar akan melaksanakan aktiviti yang telah dirancang oleh guru. Pembelajaran aktif berlaku apabila pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancang oleh guru. Teknik pembelajaran aktif antaranya ialah membentuk kumpulan perbincangan dan aktiviti pembelajaran aktif. guru perlu menggunakan kumpulan perbincangan supaya pelajar diberi peluang untuk mengeluarkan pendapat, menilai sesuatu kenyataan, berbincang, bertanya soalan malah melakukan sesuatu tugasan. Cara sebegini mampu meningkatkan tahap pemahaman dan penguasan pelajar terhadap sesuatu topik yang dipelajarinya. Pembelajaran dalam kumpulan sangat penting kerana dapat membantu guru menghasilkan pelbagai hasil pembelajaran. Selain itu, pembelajaran berkumpulan membantu guru dalam mencapai hasil pembelajaran dalam bidang efektif. Pembelajaran secara berkumpulan merupakan cara terbaik untuk menanam dan memupuk pemikiran kreatif dan kemahiran aras tinggi. Selain itu, ia juga mampu membina sikap dan tabiat palajar yang baik dan memberi peluang kepada pelajar untuk menjana pelbagai idea. Pembelajaran secara berkumpulan ini penting untuk mengembangkan kemahiran komuniukasi dan hubungan interpersonal dalam diri pelajar serta mempertingkatkan komitmen pelajar terhadap pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran bukan setakat mencurahkan ilmu pengetahuan kepada pelajar sahaja, malah lebih daripada itu. Pembelajaran yang sebenarnya berlaku apabila guru merancang pelbagai aktiviti yang menarik dan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Bagi mengimbangi keperluan kandungan sesuatu mata pelajaran, aktiviti yang dicadangkan dalam unit ini perlu dilaksanakan dan disesuaikan dengan keadaan kandungan kurikulum agar pembelajaran menjadi lebih bermakna dan lebih bersifat kontekstual.




PETA MINDA PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN


NOTA TAMABAHAN


Pengurusan Pembelajaran merupakan bidang pengurusan yang paling utama dalam arena pendidikan. Bidang ini memberi impak yang besar bagi sesebuah institusi pendidikan dalam melaksanakan tanggungjawab organisasi sekolah untuk mencapai prestasi cemerlang dalam aspek akademik pelajar. Pengurusan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang.

(Nurlia Mohamad, 2012)


Rujukan
Pengurusan Pembelajaran: http://nazmralh.blogspot.com/2016/09/pengurusan-pembelajaran.html


Untuk Sambungan BAB 3 ORGANISASI DAN KEPIMPINAN, sila klik link di bawah:
https://kpspengurusan.blogspot.com/2019/05/bab-3-organisasi-dan-kepimpinan.html

Comments

Popular posts from this blog

PENGURUSAN BILIK DARJAH

BAB 3 ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

BAB 1 MENGURUS PEMBELAJARAN