Posts

BAB 3 ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

Image
BAB 3 ORGANISASI DAN KEPIMPINAN RUMUSAN BAB 3 Kepimpinan dan organisasi perlu di dalam sesebuah sekolah atau bilik darjah. Perkara ini penting untuk membangunkan pentadbiran dan pengurusan sekolah dengan baik dan susun teratur mengikut organisasi yang telah ditetapkan. Organisasi yang baik mempunyai orientasi visi misi ke depan. Kejayaan organisasi bergantung pada kepimpinan yang berwibawa. Kepimpinan adalah seni bagi mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan bagi membimbing orang, mempengaruhi dan membimbing seseorang untuk mencapai tujuan-tujuan tertentu yang mempunyai cara dan seni sendiri. Konsep kepimpinan sekolah mampu mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku subordinat atau orang bawahan seperti guru, staf dan pelajar agar bersetuju melaksanakan programprogram dan melakukan perubahan untuk mencapai matlamat sekolah, Pengetua sekolah haruslah bijak mengawal situasi dengan pemikiran yang terbuka agar semua pihak tidak kecewa dan berpuas hati denga...

BAB 2 PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

Image
BAB 2 PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR RUMUSAN BAB 2 Pembelajaran ini adalah satu proses yang akan mengubah keadaan sikap dan pengetahuan manusia melalui pengalaman. Pada asasnya konsep pengajaran dan pembelajaran adalah berlandaskan teori-teori pembelajaran. Antara piramidnya ialah teori Piramid Pembelajaran. Piramid pembelajaran bermula di dalam sistem saraf pusat. Tahap setiap mesti diintegrasikan dengan betul dengan tahap atau peringkat sebelumnya untuk bergerak ke peringkat seterusnya. Matlamat utama adalah untuk mencapai tahap fungsi fungsi kognitif untuk memenuhi tugas-tugas kehidupan harian dan pembelajaran. Teori seterusnya ialah teori pembelajaran Levi Vygotsky. Teori Vygotsky lebih menekankan kepada interaksi antara internal dan eksternal dalam pembelajaran. Sistem sosial sangat penting dalam perkembangan kognitif pelajar. Teori ini merupakan satu sistem sosial yang sangat penting dalam perkembangan pelajar. Menurut Mohd Yusof Othman (1998), menyatakan satu kaedah b...

BAB 1 MENGURUS PEMBELAJARAN

Image
BAB 1 MENGURUS PEMBELAJARAN RUMUSAN BAB 1 Pengurusan adalah satu proses merancang mengelola memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.Guru yang bijak mengurus pelajar, maka guru tersebut akan dapat mengatasi masalah yang timbul sewaktu proses pembelajran dan pengajaran. Pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang  sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Pembelajaran merupakan satu proses yang berterusan dan berlaku secara formal dan tidak formal. Pendidikan formal ialah pendidikan yang dijalankan secara terancang dengan adanya bimbingan daripada guru, buku teks dan berjalan di dalam kelas. Pendidikan tidak formal pula ialah pendidikan yang dilakukan bukan secara langsung iaitu bimbingan daripada ibu bapa di rumah. Seseorang guru perlu bertanggungjawab dalam pelaksanaan perancangan di dalam ...

PENGURUSAN BILIK DARJAH

Image
1.0   PENGENALAN Semasa di sekolah, para guru menghabiskan sebahagian besar masa mereka di dalam bilik darjah. Besar kemungkinan ada yang akan mengatakan bahawa bilik darjah ialah bilik g uru mengajar dan murid belajar. Itulah gambaran paling mudah tentang bilik darjah. Ia merupakan tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Bilik darjah merupakan satu organisasi yang sangat mudah yang terdiri daripada guru dan sekumpulan pelajar dalam lingkungan umur yang sama dan mempunyai matlamat dan harapan yang sama. Menurut Akta Pendidikan, murid atau pelajar merupakan seseorang yang menerima pendidikan atau latihan. Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran sebab ia boleh menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Suasana bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Menurut Marland (1975), suasana fizik...