BAB 1 MENGURUS PEMBELAJARAN
BAB 1 MENGURUS PEMBELAJARAN
RUMUSAN BAB 1
RUMUSAN BAB 1
Pengurusan
adalah satu proses merancang mengelola memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli
organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang
ditentukan.Guru yang bijak mengurus pelajar, maka guru tersebut akan dapat
mengatasi masalah yang timbul sewaktu proses pembelajran dan pengajaran. Pembelajaran
dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan
membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.
Pembelajaran merupakan satu proses yang berterusan dan berlaku secara formal
dan tidak formal. Pendidikan formal ialah pendidikan yang dijalankan secara
terancang dengan adanya bimbingan daripada guru, buku teks dan berjalan di
dalam kelas. Pendidikan tidak formal pula ialah pendidikan yang dilakukan bukan
secara langsung iaitu bimbingan daripada ibu bapa di rumah. Seseorang guru
perlu bertanggungjawab dalam pelaksanaan perancangan di dalam kelas. Kejayaan
dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu bergantung kepada peranacangan
pengajaran guru. Seseorang guru juga harus mempunyai kemahiran untuk mengarah pelajar semasa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mengawal pembelajaran dan pengajaran
dan memastikan tiada gangguan sepanjang pelaksanaannya.
Terdapat banyak pandangan mengenai
definisi pengurusan. Antaranya ialah pengurusan melibatkan proses perancangan,
penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli organisasi dan
menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai
matlamat organisasi. Menurut perspektif Islam pula, pengurusan merupakan satu proses melakukan kerja dan
menyempurnakan sesuatu pekerjaan dengan menggunakan fungsi-fungsi pengurusan
secara fitrah menerusi dan beserta orang lain dalam usaha mencapai objektif
secara efektif. Definisi pembelajaran merupakan satu proses interaksi di dalam
kelas di antara pendidik dan pelajar. Pendidik adalah guru yang terlibat dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran yang baik dan
mudah difahami pasti akan disukai oleh pelajar serta akan membuatkan mereka
berasa minat untuk pelajar. Guru perlu membuat persiapan lebih awal dalam
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah yang selesa dan
kelengkapan yang lengkap penting bagi membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Susun atur meja juga penting bagi memudahkan guru dan pelajar
membuat pergerakan di dalam kelas. Suasana dan persekitaran bilik darjah
merupakan salah satu peranan yang penting dalam mewujudlkan proses pengajaran
dan pembelajaran yang kondusif.
Antara teknik mengurus pembelajaran
ialah mengurus masa dengan baik. Teknik ini dilaksanakan dengan mewujudkan
jadual waktu belajar harian. Teknik seterusnya, kemahiran mendengar dengan
berkesan. Proses rangsangan di mana pelajar menerima maklumat yang disampaikan
dengan baik dan ia dapat membantu pelajar mengikut pembelajaran, memahami,
mengingat dan membuat catatan. Teknik seterusnya ialah kemahiran membaca dengan
berkesan. Teknik ini merupakan kemahiran untuk mentafsir dan memikir tentang
sesuatu simbol atau tulisan. Teknik seterusnya ialah guru menyediakan nota
sebagai ringkasan dan pemudahcara bagi memudahkan pelajar memahami sesuatu.
Teknik pengurusan pembelajaran paling penting ialah guru perlu memastikan
pelajar menghadiri pengajaran di dalam kelas. Hal ini membantu pelajar
mendengar, memahami, menulis, mencatat nota dan mengingat semua maklumat yang
disampaikan. Teknik yang terakhir ialah kemahiran belajar dalam kumpulan.
Guru merupakan pengurus utama dalam
pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan terdiri daripada proses seperti
merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan terhadap pembelajaran yang
diajar. Merancang pembelajaran perlulah mengambil kira latar belakang, situasi
dan tahap penguasaan murid. Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan berdasarkan perancangan yang telah dibuat dan sebaiknya
mengubahsuai untuk penambahbaikan. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran
mempunyai tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas. Perkara utaman yang
perlu dilakukan oleh sebelum proses pengajaran dan pembelajaran ialah guru
perlu membuat persiapan diri dan bersedia menghadapi kemungkinan yang akan
berlaku. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran pula, guru perlu menjaga
penampilan diri. Penampilan yang kemas dan ringkas dapat menarik minat murid
untuk belajar kerana guru merupakan pendorong
kecemerlangan pelajar. Selepas proses pengajaran dan pembelajaran pula guru
dapat mengetahui keberkesanan pengajaran. Guru akan mengumpul maklumat, strategi,
hasil dan impak pengajaran dan pembelajaran yang dibuat untuk menilai
prestasinya. Melalui penilaian dan refleksi yang dibuat, guru dapat
mengenalpasti kelemahan untuk tindakan susulan dan kelebihan akan dimanfaatkan
pada pengajaran dan pembelajaran akan datang.
Terdapat
banyak cabaran dalam mengurus pembelajaran. Antaranya ialah kesedaran pelajar
yang rendah mengenai kepentingan pembelajaran untuk masa depan mereka. Hal ini
akan sedikit-sebanyak mempengaruhi prestasi serta pencapaian pelajar di dalam
pelajaran. Cabaran seterusnya ialah pengurusan masa yang tidak baik. Waktu guru
untuk mengajar di dalam kelas tidak cukup menyebabkan proses pengajaran dan
pembelajaran kurang berkesan. Seterusnya, pembelajaran yang tidak menarik
perhatian pelajar menjadi cabaran dalam pengurusan pembelajaran. . Hal ini
disebabkan oleh cara belajar yang terlalu konvensional dan membosankan untuk
para pelajar. Cabaran yang seterusnya ialah penggunaan ICT yang tidak cekap.
Hal ini disebabkan oleh penguasaan ICT yang tidak memenuhi kehendak zaman kini
serta disebabkan oleh guru-guru yang berusia tidak mempunyai kemahiran dalam
penggendalian kemudahan ICT.
Punca yang menyebabkan sesebuah
pengurusan pembelajaran tidak berjaya ialah latar belakang pelajar yang
berbeza. Setiap pelajar mempunyai sifat dan perangai yang tersendiri. Oleh itu,
mereka adalah berbeza dari segi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
social. Punca seterusnya ialah suasana dan persekitaran bilik darjah yang tidak
selesa. Guru perlulah memastikan pelajar membersihkan kelas terlebih dahulu
sebelum mula sesi pembelajaran agar persekitaran terasa lebih bersih dan
nyaman. Susunan dan aturan meja dan kerusi juga perlulah berada dalam keadaan
yang kondusif. Ruangan yang secukupnya perlu disediakan supaya mudah untuk guru
dan pelajar membuat pergerakan. Pengurusan Pembelajaran juga tidak Berjaya
apabila tiada interaksi antara pelajar. Hubungan antara pelajar perlulah erat
serta boleh menerima pendapat orang lain agar proses pembelajaran berjalan
lancar. Guru yang tidak memahami pelajar atau memilih kasih juga menjadi punca
pengurusan pembelajaran itu tidak berjaya. Hal ini akan menyebabkan pelajar
yang berasa tersisih akan kurang keyakinan dan tidak menghormati guru tersebut
lalu berlakunya masalah disiplin pelajar. Punca yang terakhir ialah pengulangan
teknik pembelajaran yang sama. Proses pengajaran dan pembelajaran yang sama
setiap kali kelas diadakan pasti akan membuat pelajar berasa bosan walaupun
matapelajaran yang diajar adalah sesuatu yang diminati pelajar.
PETA MINDA BAB 1
NOTA TAMBAHAN
Sistem pengurusan pembelajaran adalah satu sistem aplikasi perisian yang berasaskan web yang direka untuk menguruskan kandungan pembelajaran, interaksi pelajar, alat penilaian, dan maklum balas kemajuan pembelajaran dan aktiviti-aktiviti pelajar (Adobe, 2009; Nasser, Cherif, & Romanowski, 2011; Srichanyachon, 2014). Sistem pengurusan pembelajaran ini membolehkan kandungan pembelajaran diperolehi secara atas talian, yang mana membolehkan pelajar melihat dan berinteraksi dengan bahan pembelajaran melalui web browser dengan menggunakan mana-mana sistem operasi, komputer dan peranti mudah alih. Sistem pengurusan pembelajaran adalah satu platform yang menggambarkan sistem pembelajaran, sistem pengurusan kursus, sistem pengurusan kandungan, portal, dan sistem pengurusan instruksional (Coates et al., 2005). Pengurusan pembelajaran merupakan evolusi daripada proses dan sistem yang dibangunkan oleh sesebuah institusi untuk mendaftarkan pelajar ke dalam kursus-kursus tertentu dan menyimpan kesemua rekod aktiviti pelajar. Pelbagai pilihan pembelajaran dibangunkan supaya pelajar dapat mengambil kursus atas talian yang mana ianya adalah sebahagian daripada kurikulum formal atau memenuhi keperluan pensijilan institusi. LMS ini dapat membantu pelajar untuk mengakses maklumat pembelajaran dalam bentuk garis 15 panduan kursus, memuat naik tugasan dan memuat turun nota kuliah, berinteraksi secara aktif antara pelajar dengan pensyarah dan pelajar dengan pelajar serta pelajar dengan bahan pembelajaran, berkongsi ilmu pengetahuan, dan mengambil peperiksaan dan kuiz secara atas talian (Jurubescu, 2008). Pelbagai sistem pengurusan pembelajaran yang telah dibangunkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sebagai medium pembelajaran dan pengajaran interaktif secara atas talian dan medium komunikasi antara pensyarah dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar selain daripada bertemu secara bersemuka di dalam bilik darjah. Antaranya adalah Moodle, ifolio, claroline, MyGuru2, learning care, iLearn system, learning cube, blackbord, putraLMS dan MyLMS (Mohamed Amin Embi & Mohd Najib Adun, 2010) yang mengintegrasikan pelbagai pedagogi dan alat pentadbiran kursus (Coates et al., 2005). Platform LMS ini terdiri daripada sumber terbuka dan komersial yang mana setiap LMS ini mempunyai ciri-ciri tertentu dan boleh diubah suai oleh pihak institusi mengikut kepeluan mereka. Dengan perkembangan LMS dari masa ke semasa ini, terdapat pelbagai jenis LMS yang dibangunkan seperti Sistem Maklumat Sumber Manusia (HRIS), dan Perancangan Sumber Perusahaan (ERP). Kedua-dua sistem ini boleh digunapakai untuk menjalankan analisis perbezaan atau jurang kemahiran, prestasi pelajar, dan untuk pemetaan kompetensi (McIntosh, 2008).
Rujukan
Nurul Nadirah Mohd Kasim & Khalid, F. (2016). Sistem Pengurusan Pembelajaran dan Sistem Pengurusan Kandungan: Satu Analisis Perbandingan. Dalam Nabilah Othman, Chiang Wei Luan & Nurul Syaida Md Zuki. (Editor)., Pendidikan Abad ke-21: Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Cabarannya. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.
Untuk Sambungan BAB 2 PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN, sila klik link di bawah:
https://kpspengurusan.blogspot.com/2019/05/bab-2-pengurusan-dan-pembelajaran.html
Comments
Post a Comment